Saturday, June 6, 2009

Alhamdulillah..


Sekian lama menyepi kini baru tergerak nak tulis blog ni biasalah sibuk dengan imtihannya sibuk dengan urusan kuliah dan yang paling sibuk nak balik Malaysia ni..biasa lah dah lama tak balik tapi kali ni kena balik jugak,walaupun xterdetik di hati nak balik tahun ni tiba2 ja ana di suruh balik so kena la balik maklumlah orang rumah rindu tu..
Sebenarnya risau ana apabila disuruh balik awal maklumlah imtihan syafawi belum habis lagi tapi ana kena balik juga pada 8 June ni, masalahnya imtihan syafawi bagi pelajar wafidin(asing) 9 June..pening jugak nak fikir so ana cuba jumpa amid tetapi malang pada hari tersebut amid xdatang kuliah terpaksa ana datang semula hari ni 6 June tarikh bermulanya syafawi arab.penat juga menuggunya hampir 2 jam setengah baru surat rayuan ana di proses.Selepas selesai surat ana diproses ana dibawa oleh pak cik ammu bawab ke bilik syafawi tahun tiga..maka di situlah bermulanya soalan nahu yang dituju bertubi2 oleh Dr kepada ana,hampir banyak juga soalan yang diajukan pada ana..xsempat lidah nak menjawab..apa pon bersyukur Alhamdulillah dapat ana jawab dan dapat ambil syafawi kali ni..kerisauan di hati ana sudah terubat setelah dapat masuk dalam bilik tersebut..pada mulanya keluarga ana cukup bimbang kalau ana tak dapat ambil syafawi pada hari ini tapi Alhamdulillah semuanya dengan kehendak Allah SWT..hamba bersyukur pada-Mu Ya Allah..apa pun ana tak adalah rasa seronok sangat sampai lupa diri..natijah betul belum keluar harapan ana agar tahun ni dapat naik tahun, doakan kejayaan bersama.
‘Ala kulli halnya setiap apa yang kita lakukan jangan lupa pergantungan kita pada Allah mengharapkan nusrah dari-Nya setelah berusaha berdoa dan bertawakal pada Rabul Jalil untuk menghasilkan satu natijah yang dapat membantu kita untuk terus melangkah demi menuntut ilmu agama Allah ini sekaligus dapat memberi kefahaman kepada kita untuk meneruskan perjuangan para anbiya’ dalam mencari mutiara hikmah yang berharga ini..
Akhir sekali doakan kejayaan ana dan kejayaan kita bersama,dan juga doakan ana selamat sampai pulang ke tanah air pada esok hari 7June ni..

Friday, May 15, 2009

Selamat Berjuang Doakan Kejayaan Bersama..

SELAMAT MENEMPUHI IMTIHAN MA'A TAUFIQ WAN NAJAH..

Salam imtihan buat semua sahabat2ku..sekian lama ana menyepi tak mengupdate blog ana ni tiba2 terasa macam nak tulis la sikit maklumlah imtihan dah dekat banyak beruzlah sebab nak hilangkan sikit tekanan so tulis2 apa yang patut.Pertama sekali ana nak ucapkan selamat menjawab imtihan buat sahabat2 ana kuliah Bahasa Arab tahun tiga us Hanif,us Soleh,us Bobo,us Murshid dan us veron dan juga us Mustakim yang nun jauh di Alex semoga kalian dapat menghadapi imtihan Al Quran esok 16 Mei 2009 dengan mudah dan tenang. Sedar tak sedar hari yang telah dihitung kian menghampiri hanya tinggal seminggu saja lagi buat ana untuk membuat sebarang persediaan yang rapi sebelum ana melangkah kaki ke "medan pertempuran" pada 23 Mei dan 30 Mei nanti..tetapi bila cakap pasal persediaan ramai di antara kita akan menjawab belum bersedia..ini soalan biasa yang kita dengar apabila kita diajukan dengan soalan sedemikian tapi itulah hakikat sebenar.Bagi diri ana persediaan itu bila2 masa saja kita perlu bersedia kerana kesediaan kita bukan hanya sekadar pada soalan imtihan saja, sebagai pelajar atau mahasiswa kita perlu kena sentiasa bersedia dari segenap aspek, memang kalau ikut sinonim bagi kita bila sebut saja pasal imtihan pasti ada yang akan berkata "ana tak berapa nak bersedia"..itulah perkataan yang biasa kita dengar setiap kali musim imtihan begitu juga dengan diri ana sendiri.Ala Kulli Halnya sama2 perlu kita muhasabah diri kita sendiri moga imtihan kali akan menatijahkan satu keputusan yang cemerlang.mudah-mudahan kejayaan yang kita impikan ini akan menjadi semangat buat kita untuk terus mendalami ilmu Allah ini. Di kesempatan ini juga ana nak memohon kemaafan diatas segala salah silap ana jika ada terkasar bahasa, terasa, tertouching2 harap dimaafkan , kerana tidak semua manusia diciptakan dalam keadaan sempurna dan ana mengharapkan sahabat2 semua dapat mendoakan kejayaan ana dalam imtihan kali ini dan ana mendoakan agar kejayaan milik kita bersama semoga Allah memudahkan segala urusan kita.. SALAM IMTIHAN..

Thursday, April 23, 2009

Nasihat Orang Tersayang Buat Diriku..

"Mutiara Berharga"

Salam pertemuan buat semua sahabat,sudah lama ana tidak mencoretkan di laman blog ini mungkin kerana sibuk atau malas untuk mencaknakan diri disini..maklumlah imtihan pun semakin hampir hanya beberapa hari saja lagi.

Sedar tidak sedar sudah hampir final exam bagi sesi 09 ni,kurasakan bagaikan masa itu terlalu pantas meninggalkan kita sehinggakan kita tidak sedar kita akan mengahadapi ujian yang ana kira besar juga.Masuk tahun ni sudah tiga kali aku menduduki imtihan disini tapi persediaan diriku ini masihku rasakan begitu tidak memuaskan.. Ya Rabb bantulah hambaMu ini..Adakah aku ini masih hanya mahu di takuk yang lama??Apakah aku mahu lihat harapan orang tersayang musnah..?? semua ini bermain di benak fikiranku..Aku tidak lah mahu melayani lintasan2 seperti ini supaya ia tidak mengganggu hidupku dan mengkondemkan semangtku..apa yang perlu ku lakukan ialah “ Al Jiddu” untuk menempuhi semua cabaran ini tidak kiralah samada ianya datang dari diriku sendiri atau persekitaranku..

Aku telah menerima sepucuk surat dari orang tersayang nun jauh beribu batu mengaharapkan kepulanganku membawa sebutir mutiara ilmu yang mana menjadi impian semua orang tersayang , itulah harapan mereka kepadaku..aku amat terasa begitu tersentuh dengan impian dan harapan orang tersayangku..begitu melangit tinggi impian mereka padaku,tapi aku akan cuba sedaya yang termampu demi untuk mencapai impian tersebut dan memenuhinya..Walaupun aku tidaklah sehebat seperti sahabat2ku yang lain yang kini kebanyakkan mereka semua sudah berada di Malaysia tapi ku sedar kelemahanku…akan kucuba baiki dan tidak akan membiarkan ianya terus berulang lagi.


"Janganlah kita berputus asa dari Rahmat Allah,sabar dan tabah dalam menepuhi ujianNya"


Pesanan orang tersayangku kepada diriku.. "Wahai anakku tuntutlah ilmu sebanyak mungkin,tidak ada hadiah yang paling berharga bagi seorang ayah dan ibu yang diharapkan dari anaknya melainkan kejayaan anaknya dalam mengejar ilmu dunia dan akhirat..bukan mudah dalam mengejar ilmu,ia memerlukan kesabaran,ketabahan,ketekunan serta pengorbanan yang tinggi.kalau disingkap sejarah ulama’ terdahulu seperti Imam As Syafie,Imam Al Ghazali dan lainnya mereka terpaksa menempuhi berbagai kesukaran dan kepayahan dalam mencari ilmu.Ingatlah masa yang ada walau sesaat janganlah dipersiakan sebaliknya manfaatkanlah ia dengan sebaik mungkin,dan janganlah lupa sentiasa perbaharui niat dalam menuntut ilmu jadikan ia sebagai ahdaf utama ini kerana segalanya bergantung pada niat kita dan jaganlah meletakan segulung Ijazah ahdaf utama..Akhir sekali timbalah ilmu sebanyak mungkin dengan sabar dan manfaatkanlah masa dengan sebaik mungkin jangan putus asa dari Rahmat Allah dan doa ayah dan ibu sentiasa mengiringimu..”

Pesanan yang ku rasakan begitu dalam maksudnya membuatkan diri ku bersemangat kembali walaupun sebelum ini aku merasakan sidikit futur tapi tak bermakna aku orang yang berputus asa…sebaliknya ku selami akan sebalik kelemahan diri ini..aku amat berterima kasih buat orang tercintaku kerana memberi penyuntik semangat buat diriku ini..tidak akan kulupakan jasamu ayah dan ibu abadan abada,aku berdoa agar Allah sentiasa merahmatimu wahai ayah dan ibuku..
Doakan kejayaanku disini..Amin Ya Rabb...


Sunday, March 29, 2009

Zagazig,Perak Dipilih DPM dan BKAN Terbaik



27 Mac - Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqaziq (DPMZ) telah diisytiharkan sebagai Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) Terbaik serta BKAN Perak sebagai Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) Terbaik bagi sesi 2008. Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung PMRAM, Ustaz Syafiq Zulakifli di akhir Ijtimak Umumi atau Muktamar Sanawi kali ke-76 di Nadi Riyadhi sekitar jam 7 malam. Menurut beliau, pada tahun ini, dua anugerah telah diwujudkan iaitu Anugerah DPM Terbaik dan Anugerah BKAN Terbaik. Justeru, panel penilai yang terdiri dari Badan Pengurus PMRAM serta AJKT HEWI PMRAM teah memiilih Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqaziq sebagai penerima Anugerah DPM Terbaik manakala Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sebagai BKAN Terbaik. Anugerah DPM serta BKAN Terbaik dinilai dari segenap aspek serta diwujudkan kriteria-kriteria tertentu antaranya dari segi pengurusan, komitmen ahli dengan PMRAM dan lain-lain.

Sementara itu, DPM Zaqaziq juga dipilih sebagai Perwakilan (Ikhwah) terbaik manakala bagi perwakilan terbaik akhawat disandang oleh Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI). Di akhir majlis juga diadakan tayangan slide berkisar program dan peristiwa PMRAM sepanjang setahun.

Sumber : Petikan Dari Laman PMRAM

Muktamar PMRAM Terima Empat Usul

26 Mac-Ijtimak 'Umumi atau Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76 hari ini menerima empat usul yang dikemukakan oleh para perwakilan yang hadir. Sesi usul dan cadangan itu dikemukakan sekitar jam 3.30 petang sebaik sahaja selesai sesi pembentangan penyata kewangan. Usul pertama dikemukakan perwakilan dari DPM Zaqaziq, Ustaz Mumtaz Haron yang berbunyi "Mahasiswa-mahasiswi bersatu membanteras anasir-anasir yang mencetuskan masalah keselamatan, unsur-unsur perpecahan dan tidak mengamalkan Islam secara syumul." Usul ini kemudian dibahaskan dengan panjang oleh para perwakilan dan kesemuanya menyokong usul tersebut. DSC00216.JPG

Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail yang mengendalikan muktamar mengumumkan usul ini diterima sebulat suara.

Usul kedua yang diterima muktamar dibawa oleh Ustaz Mohd Firdaus Mazlan dari Selangor dengan usul "Mempertahankan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang bernaung di bawah PMRAM". Perwakilan yang bangun menyokong usul tersebut turut membangkitkan masalah yang berlaku kepada Badan Kebajikan Anak Negeri Sembilan (BAKANS) dan terbaru kepada Badan Kebajikan Mahasiswa Islam Pahang (BKMIP).

Usul ketiga yang juga diterima sebulat suara dengan matan usul "Menggesa pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) berbincang dengan pihak imigresen Mesir bagi memudahkan urusan menyambung visa."

Manakala usul keempat berkenaan usaha menjayakan Dana Syaqah PMRAM yang dibentangkan oleh Naib Presiden III PMRAM, Ustaz Khusaini Md.Yusof dan dicadangkan oleh Penasihat PMRAM, Ustaz Hairul Nizam Mat Husain yang mencadangkan setiap ahli menyumbangkan LE300 kepada tabung ini dalam tempoh setahun telah diterima dengan undian.

Bagi usul kelima, iaitu berkenaan menangani kejatuhan prestasi akademik ahli dengan melaksanakan dua langkah berikut iaitu pertama tidak boleh mengadakan sebarang program pada waktu kuliah kecuali setelah mendapat keizinan dari Presiden PMRAM dan kedua tidak membenarkan mereka yang istisnak memegang jawatan pada peringkat BKAN, DPM dan PMRAM.

Usul ini walau bagaimanapun mendapat bantahan dari perwakilan dan dicadangkan dibawa ke muktamar akan datang.


Sumber : Petikan dari laman PMRAM.

HARAMKAN PMRAM? BUDAK UMNO BIADAP


Kebetulan lewat jam 2 am di Ipoh , saya sempat menonton berita di TV sementara menunggu waktu bersahur .

Terkejut seketika apabila saya mendengar ucapan seorang wakil Kelab UMNO Luar Negara berucap di Perhimpunan Agung UMNO dengan nada angkuh dan biadab malah menampakkan kebodohan terlampaunya apabila menggesa UMNO supaya haramkan PMRAM .

Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan di Perhimpunan Agung UMNO kelmarin menggesa supaya PMRAM diharamkan dan biasiswa anggota Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik.

"PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya. "Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang. "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut. "Malah, kami sendiri tidak mendapat tempat apabila asrama dikuasai pembangkang," katanya, yang sedang menuntut sebuah universiti di Southampton, Britain.

Satu gesaan yang bukan sahaja tidak masuk aqal tetapi memperlihatkan niat dan sikap yang jahat Kelab UMNO Luar Negara terhadap Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [ PMRAM ] yang cukup berkaliber malah besar jasanya kepada mahasiswa/i Malaysia , Indonesia , Singapura dan Brunei di Mesir bahkan kepada negara tercinta .

Saya kira Wan Md Hazlin sangat dangkal pengetahuannya mengenai PMRAM atau beliau hanya budak suruhan UMNO yang tidak sudah - sudah menyimpan dendam kepada PMRAM sejak 1991 lagi .

Sebaik sahaja saya tiba di Mesir pada tahun 1992 , saya telah mendengar suara - suara jahat yang mendesak kerajaan Malaysia mengharamkan PMRAM . Sedang PMRAM sangat besar dan tinggi nilai jasa baktinya kepada Mahasiswa/i bahkan rakyat Malaysia di Mesir . Malah PMRAM telah wujud lebih awal dari wujudnya kedutaan Malaysia ke Mesir .

Jasa bakti PMRAM tidak siapa mampu menafikannya termasuklah sebahagian pemimpin UMNO sendiri yang dulunya pernah menjadi Yang diPertua PMRAM atau anggota Badan Pengurus PMRAM .

Saya masih ingat bagaimana langkah jahat pihak tertentu , bagi tercapai cita - cita mahu mengharamkan PMRAM telah menubuhkan sebuah pertubuhan tanpa cop halal iaitu PPMM . Walhal PMRAM telah wujud sejak 1930 menabur khidmat dan menyatukan mahasiswa di atas satu wadah iaitu PMRAM .

PPMM yang dianggotai oleh ahli - ahli UMNO di Mesir bertanggungjawab memecahbelahkan solidariti mahasiswa/i sekelagus membibitkan benih perbalahan dikalangan mahasiswa/i . Kesan pecah retaknya terasa hingga ke hari ini .

Terbaru kenyataan Wan Hazlin yang cukup menjadi asas bahawa dendam UMNO dan hasad pemimimpin mereka terhadap PMRAM masih belum selesai . Lebih terserlah ialah kebodohannya sendiri apabila mendesak UMNO agar mengharamkan PMRAM .

Apa hak UMNO dan di mana bidang kuasa UMNO untuk mengharamkan PMRAM ? PMRAM adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan kerajaan Mesir bukan berdaftar dengan UMNO !!

Sepatutnya Wan Hazlin sebagai seorang yang terpelajar , kena fokus ucapannya untuk membersihkan UMNO dari imej buruk terpalit moral yang rendah dengan krisis integriti pada tahap parah dan kritikal dikalangan pimpinan UMNO . Malangnya beliau melihat PMRAM menjadi ancaman kepada UMNO , lantas penuh emosi mendesak supaya UMNO mengharamkan PMRAM dan menarik balik biasiswa ahli PMRAM . Standard ucapan Wan Hazlin dari Kelab UMNO Luar Negara bagai ucapan JKKK , dibakar oleh api permusuhan yang dinyalakan sendiri oleh mereka .

Kalau ahli Kelab UMNO luar Negara yang rata - rata anggotanya adalah dikalangan pelajar di luar negara mempunyai tahap pemikiran kelas ke 3 , bagaimanalah UMNO mahu melakukan transformasi bagi melahirkan UMNO berwajah baru kononnya . Ya , mungkin wajah baru tetapi perut pedalnya masih lama .

Wan Hazlin sepatutnya merujuk dulu kepada tokoh - tokoh negara bahkan tokoh - tokoh UMNO sendiri yang seketika dulu pernah memimpin PMRAM dan bakat kepimpinan mereka dibentuk oleh PMRAM .

Kaji juga peranan dan jasa bakti yang dicurahkan oleh PMRAM kepada pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir . Jangan bertindak melulu berasaskan tohmahan dan mempercayai fitnah liar yang dilempar .

Saya cabar agar Wan Hazlin buktikan atas kesalahan dan jenayah apa sehingga PMRAM yang jauh lebih tua usianya berbanding Wan Hazlin itu mahu diharamkan ?

Kalau hanya tuduhan kononnya PMRAM menyebarkan ideologi pembangkang , sila buktikan ! dan bagaimana pula dengan Kelab UMNO , secara jelas membawa ideologi parti politik . So apa bezanya ? Inikah sikap double standard UMNO yang akan mewarnai transformasi mereka kelak .

Dipetik dari laman Ustaz Nasrudin Tantawi..

Tuesday, March 17, 2009

PUISI UNTUK PARA PEJUANG


Di sini manusia menguruskan diri sendiri

mencari bekal masing-masing dari daerah kelahiran dan dengan langkah berani mengharung lautan gelombang di sini yang sesekali ganas namun tidak kejam

Hidup di sini memang payah

terpaksa menempuh duri susah

melawan rasa kantuk berlarian antara dewan kuliah dan khutub khanah

sesekali langkah rasa ingin berhenti

namun mutiara masih belum lagi erat tergenggam di jari selagi itu, roh dan semangat perlu terus diisi

Kekadang sulit sebenarnya

melawan rasa rindu menentang rasa sendu

bila sesekali desa kelahiran memanggil-manggil untuk pulang

atau suara emak lembut gemersik

menyata rindu yang berputik

Aduhai para pejuang

langkah masih terlalu amat pangjang

kutiplah semangat di sepanjang titian agar nanti mutiara bercahaya memancarkan seri bayaran untuk susah dan duri sepanjang di sini.

Friday, March 6, 2009

Ragu Untuk Berdoa & Beramal Kerana Diri Melakukan Maksiat?

Doa itu adalah senjata bagi orang Mukmin

Ini suatu persoalan yang sering ditanya dalam masyarakat kita - adakah sesuatu amalan atau doa itu berkesan bagi mereka yang sering maksiat kepada Allah?

Maksiat itu penghalang perkenan doa?

Ya, anda benar dari suatu sudut jika berpandangan maksiat itu penghalang kepada rahmat dan perkenan doa serta penerimaan amalan. Akan tetapi, adakah kita harus berpeluk tubuh dan menerima kenyataan bahawa “doaku dan amalanku tidak akan diterima Tuhan kerana aku sering bermaksiat,” maka anda berhenti berusaha?

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Tiadalah seseorang Islam di bumi yang memohonkan sesuatu permohonan, melainkan Allah akan memperkenankannya, ataupun Allah menghindarkan dirinya daripada sesuatu kejahatan yang sama ukurannya, selama dia tidak memohon dosa atau untuk memutuskan tali persaudaraan”
Riwayat at-Tirmizi: hasan sahih.

Pekara penting ialah TINGGALKAN MAKSIAT. Jika kita bertanya - adakah doa atau amalanku berkesan? (kerana aku sering bermaksiat), ini sebenarnya silap. Kenapa tidak ditanya bila nak berhenti buat maksiat? Yang betulnya ialah, “aku ingin tinggalkan maksiat yang ku lakukan selama ini, mudah-mudahan Allah terima doa dan amalanku,” inilah pemikiran yang sepatutnya timbul dalam kotak fikiran kita. Tambahan pula Allah telah memberi jaminan untuk menerima permohonan hambaNya.

Hadapi musibah dengan doa

Sikap kita ialah: Allah menurunkan sesuatu kesukaran atau keperluan yang mendesak supaya kita kembali berpaling dan berdoa kepadaNya, dan bertaubat dari segala kesalahan. Ini kerana kadang-kadang kesenangan dan kemewahan itu tidak dapat menjadikan manusia semakin taqwa, bahkan makin lalai dari mengingati Allah. Allah sentiasa menyeru dan memanggil-manggil hamba-hambaNya agar berpaling dan berzikir serta beribadat kepadaNya.
Apabila mendapat musibah atau kesulitan, secara fitrah, manusia akan mencari jalan keluar. Jika tidak bertemu jalan penyelesaian maka hati mula menghadap meminta pertolongan Allah - sumber segala kekuatan dan pertolongan.
Surah Ghafir : ayat 60:

“Dan Tuhanmu berfrman: Dan berdoalah kepada Ku nescaya Ku perkenankan bagi mu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong dari menyembah Ku (berdoa) akan masuk Jahanam dengan terhina”

Mengapa masih ragu?

Jika diteliti, musibah atau kesulitan itu boleh menjadi suatu gerbang atau pembuka jalan bagi mendekati Allah SWT. Masakan tidak, bila tertimpa musibah maka doa diucap bertalu-talu. Yang berdosa akan insaf dari kesalahan. Jadi mengapa fikiran kita menjadi keliru, ragu untuk berdoa dan beramal kerana kononya diri sering maksiat? Jika diri sering maksiatlah yang lebih utama untuk berdoa dan beramal supaya mendapat keampunan dan rahmat dari Allah SWT.
Ragu untuk berdoa dan beramal kerana diri sering maksiat, sebenarnya ilham dari syaitan supaya orang maksiat terus tinggal dalam maksiat dan tidak kembali bertaubat kepada Allah SWT. Ini kerana Allah menurunkan musibah dan kesulitan supaya manusia bermuhasabah diri dan kembali ke jalan benar, dan jika si hamba yang kena musibah itu orang yang baik maka ia akan diangkat darjatnya di sisi Allah melalui kesabaran menempuh ujian dan bala’.

Pandangan peribadi

Pada pandangan ana yang dhaif ini, tidak timbul soal berkesan atau tidak sesuatu doa atau amalan, kerana Tuhan berfirman “mintalah kepada ku nescaya akan kuperkenankan”. Sama ada lambat atau cepat itu terserah kepadaNya.
Cuma yang menjadi perbezaan, menurut pengalaman ana, orang yang sering melakukan maksiat itu lambat sedikit kemakbulannya. Mungkin Allah mengkifarahkan kesalahannya selama ini. Namun akhirnya dapat juga setelah beramal dengan tidak berputus asa, hari demi hari secara istiqomah.
Nasihat ana pada diri sendiri dan juga pada anda yang membaca - jangan ditanya sama ada berkesan atau tidak sesuatu amalan, doa atau petua, walhal diri sering bermaksiat, akan tetapi bertanyalah pada diri sendiri, belum tibakah lagi masa untuk aku berpaling beramal dan bermohon kepada Rabbul-Jalil?
InsyaAllah, Dia sentiasa membuka pintu perkenan untuk sesiapa sahaja yang meminta, tidak kira sama ada orang itu maksiat atau taqwa, sifat Ar-Rahman itu menyeluruh tidak kira Islam atau kafir, manusia mahupun binatang. Kasih Allah kepada hamba terlalu besar untuk dipersoalkan.

Soalnya kenapa diturunkan musibah?

Supaya manusia ini sedar dan insaf kesalahan mereka dan kembali menghadap, beramal dan berdoa kepada Allah. Juga untuk mengangkat darjat manusia disisi Allah melalui ujian kesabaran dan keteguhan iman.
Seperti contoh - Seorang tuan yang berada ditempat yang tinggi, memanggil-manggil akan hamba-hamba miliknya, namun para hamba seolah-olah tidak mendengar panggilan tuan mereka kerana sibuk dengan urusan masing-masing. Maka si tuan itu pun menaburkan wang kertas dan syiling supaya para hamba ini berpaling dan berterima kasih serta menyahut panggilan si tuan. Akan tetapi para hamba yang berebut-rebut mengutip wang yang di taburkan itu, tidak pernah nak mendongak ke atas melihat siapakah yang menaburkan wang, kerana asyik berebut-rebut, bimbang dapat kepada orang lain.
Walau bagaimana pun Tuan kepada para hamba mahukan agar mereka berpaling serta mengendahkan panggilannya. Maka dari tempat tinggi itu, setelah para hamba tidak mengendahkan panggilan, walau setelah ditabur wang dan syiling, si Tuan mengambil keputusan bijak - melemparkan batu-batu kecil. Lemparan si Tuan akhirnya memberikan hasil apabila para hamba di bawah mendongak ke atas melihat siapakah yang melemparkan batu sampai bengkak kepala mereka. Si Tuan seraya berkata, “jika kamu semua masih berdegil tidak mengendahkan seruan aku, maka kamu akan terus ku lempari dengan batu-batu ini”.
Akhirnya para hamba kembali berpaling dan menyahut seruan Tuan mereka, kecuali segelintir yang masih berdegil dan masih tidak mendongak ke atas melihat kepada si Tuan, namun merungut-rungut kenapakah batu-batu menimpa kepala..

Mudah-mudahan kita hendaklah selalu mentaqarrubkan diri kepada Allah dan sentiasa HUSNUZON pada Allah agar kita sentiasa didalam rahmatNya dan buangkanlah dalam diri kita ini sikap sombong, berlagak, bakhil untuk berdoa kepada Allah SWT..dan ingatlah doa itu adalah senjata bagi orang mukmin..

Hikmah Ayat Seribu Dinar..


Ayat 2 dan 3 surah at-Tolaq atau lebih dikenali sebagai ayat 1000 dinar merupakan amalan yang masyhur dalam hal berkaitan kerezekian serta perlindungan diri. Ramai orang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah mengurniakan kemurahan rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Sesiapa yang berminat bolehlah mengamalkannya tetapi haruslah secara berterusan. Namun ayat ini ada kisahnya.
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi nabi Khaidhir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Sesuai seperti yang diperintahkan, pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu nabi Khaidhir. Lalu nabi Khadhir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Tolaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayarannya datang angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan nabi Khaidhir. Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin taufan yang melanda, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri, bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Tolaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Khaidhir itu digelar ayat 1000 dinar.
Barangsiapa mengamalkan ayat ini insya-Allah akan:
1.Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
2.Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3.Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4.Jika berperang insya-Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5.Allah akan menyampaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
Cara untuk mengamalkannya hendaklah dibaca setiap selesai dari solat 5 waktu, sebelum berangkat ke pejabat atau tempat kerja dan bacalah juga setiap kali sebelum hendak tidur. Bacalah dengan bilangan 3 atau 5 atau 7 kali. Inilah ayatnya..


ومن يتق الله يجعل له مخرجا ويرزقه من حيث لا يحتسب ومن يتوكل على الله فهو حسبه إن الله با لغ امره قد جعل الله لكل شيء قدرا


Mudah-mudahan dengan mengamalkan ayat 1000 dinar ini Allah akan membuka pintu rezki kita dan peroleh manfaat dan keberkatan di dunia dan akhirat..

Thursday, February 19, 2009

IKHTILAT IKHWAH DAN AKHAWAT CAKNAKAH KITA..??

Assalamualaikum salam peringatan buat semua sahabat dan sahabiah,semoga kita sentiasa berada dalam rahmatNya.Disini ana ingin memberi sedikit peringatan buat mereka yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi tak kiralah samada Azharian ataupun Tibbian berkaitan dengan perkara IKHTILAT ini..dan juga buat para Da'ei dan Da'eiyah perlu memainkan peranan dalam membentuk sakhsiah peribadi mad'unya..
IKHTILAT IKHWAH DAN AKHAWAT ADAKAHA KITA PEDULI??
Persoalan mengenai ikhtilat(percampuran) IKHWAH dan AKHAWAT, Bagaimana dengan kita?. Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin-muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan. Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya. Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :
1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai. Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol front Islam namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak fokus pada pemahaman dan amal. Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita!!! Seorang ustaz bercerita bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya, Ustaz, dulu saya respect pada Islamic student, pakai tudung labuh, berkopiah kerana pandai menjaga pergaulan muslimin-muslimat, namun kini mereka sama saja dengan kami. Kami jadi tak segan lagi. Ungkapan aktivis sekular di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang ingin memperjuangkan agama-Nya. Menjaga pergaulan lelaki-perempuan memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah lelaki adalah mencintai wanita dan demikian pula sebaliknya. Hanya dengan keimanan yang kukuh dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat istiqomah menjaga batas-batas ini. Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini.
1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Basor ) Bukankah ada pepatah yang mengatakan, Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, Ah, tidak perlu gadhul basor, yang penting kena jaga hati!. Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil warak.
2. Couple Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama meeting ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhar dan Perubatan mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah Doktur- Dokturah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.
3. Chop awal2 Untuk berkahwin Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang. Akhawat belum tamat belajar sehingga dichop seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi Sallahu Alaihi Wasallam sendiri melarang kita daripada chop awal atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.
4. Telefon Tidak "Urgent" Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku yang tidak syar'ie ini.
5. SMS Tidak "Urgent" Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan dakwah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.
6. Berbicara Mendayu-Dayu Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang gentleman dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.
7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak "Urgent" YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada dakwah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku. Rasulullah s.a.w bersabda, “ Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan”. (HR. Ahmad)
Penutup
Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat, Caknakah kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau "ikhtilat" di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa. Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana "ikhtilat" yang melanggar batas2 syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri. Jadilah lelaki yamg mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga. Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka. Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama?. Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini. Wallahu a’lam.

Thursday, February 5, 2009

Melatih Diri Jadi Tawaduk


TAKBUR dan tawaduk adalah dua sifat yang berlawanan. Sifat yang pertama itu sangat dibenci dan manusia wajib menjauhinya kerana ia sifat iblis, manakala yang kedua dipuji dan patut menjadi perhiasan diri setiap individu. Disebabkan takbur, iblis dikutuk Allah dan berbekalkan sifatnya itu jugalah ia menggoda manusia tanpa mengira sempadan daerah dan waktu supaya mengikut jejak langkah menjadi bongkak.
Sungguh jelek sifat takbur, bukan saja dikeji, bahkan membawa kecelakaan kepada diri, sebagaimana iblis yang dijanjikan seburuk-buruk tempat di akhirat.Begitupun, sifat tawaduk tidak mudah digapai melainkan melalui latihan jiwa dan mujahadah yang penuh kesungguhan dan keazaman. Justeru, ada yang bersifat takbur dan susah untuk menjadi tawaduk.Antara kaedah membantu ialah bersahabat dengan mereka yang bersifat tawaduk untuk mendapat nasihat, tunjuk ajar dan mencontohi mereka.Asas pertama menjadi tawaduk ialah melalui ibadat solat, kerana di antara gerak rukun perbuatannya mengandungi latihan untuk tawaduk. Kemudian, menatap kisah generasi yang bersifat tawaduk seperti nabi, rasul dan pewaris mereka.Lihatlah kehidupan Rasulullah s.a.w yang diakui sebagai manusia paling agung dan mulia tetapi baginda sentiasa merendah diri sehingga makan di atas tanah, lalu bersabda:

“Aku hanyalah seorang hamba. Apabila suatu hari nanti aku dimerdekakan (maksudnya bebas di akhirat) barulah aku akan memakai pakaian baru.”

Menurut kisah diceritakan Abu Sa’id al-Khudri r.a, Rasulullah memberi makan unta, mengikatnya, membersih atau menyapu rumah, memerah susu kambingnya, membaiki kasutnya, menampal bajunya dan makan bersama khadam.Rasulullah juga menggantinya (khadam) mengisar gandum apabila khadamnya kepenatan, membeli sendiri barang keperluannya dari pasar dan membawanya kembali ke rumah, berjabat salam dengan si kaya dan miskin, yang tua dan kanak-kanak.Baginda mendahului salam kepada setiap yang menemuinya, baik yang dewasa atau kanak-kanak, yang hitam atau selainnya, merdeka atau hamba sahaya.Dalam satu perjalanan, Rasulullah meminta sahabatnya memasak daging kambing. Sesetengah sahabatnya ada yang bersedia untuk menyembelihnya, sebilangan lagi bersedia untuk melapahnya dan sebilangan lagi bersedia untuk memasaknya. Rasulullah s.a.w menyatakan kesediaannya mencari kayu api. Tindakan Rasulullah itu tidak disenangi sahabat, lalu menyarankan: “Kami cukup untuk kerja ini wahai Rasulullah.” Jawab Rasululllah: Aku tahu...kamu semua sudah mencukupi, tetapi aku tidak suka dibezakan daripada kamu. Allah tidak menyukai hamba-Nya yang dilihat berbeza daripada kalangan sahabatnya.”Rasulullah s.a.w menaiki apa saja tunggangan yang didapatinya, kadangkala kuda, ba’ir, kaldai dan himar, malah berjalan kaki tanpa kasut, selendang, kopiah atau serban.Baginda juga menerima pemberian sekalipun seteguk susu atau seketul kaki arnab, kemudian membalas dan memakannya. Semua ini menggambarkan sifat tawaduk atau rendah diri Rasulullah. Jika manusia yang sebegini mulia rela bersifat tawaduk, jadi apatah lagi insan kerdil seperti kita.Kita boleh menguji diri sama ada mempunyai sifat tawaduk atau takbur, iaitu melalui cara berikut:
· Mendedahkan diri kepada kritikan membina dan benar. Jika hati berasa berat untuk menerima kebenaran, sukar untuk mengakui dan patuh kepada arahannya, malah berat untuk berterima kasih atas kritikan dan teguran itu, menunjukkan takbur masih tersemat di dalam diri.Justeru, perlulah kita melatih diri sehingga biasa dengan teguran dan kritikan. Pada masa yang sama hati tidak berat untuk mendengarnya.
· Bergaul dengan teman sebaya dalam majlis keramaian dan cuba mengutamakan mereka, cuba berjalan di belakang mereka dan cuba duduk di bawah mereka. Jika hati terasa berat, itu menunjukkan masih ada sifat takbur. Tetapi dalam keadaan ini, kita juga perlu berwaspada daripada tipu daya syaitan yang membisik supaya bergaul dengan orang dianggap rendah dan hina supaya disangkanya bersifat tawaduk, sedangkan hakikatnya tidak. Jika demikian, tanpa disedari sebenarnya dia sudah bersifat takbur di sebalik tawaduk yang dicari-cari dan cuba dilakonkan itu.
· Menghadiri jemputan orang fakir dan miskin, malah sanggup ke pasar untuk mendapatkan keperluan keluarga serta teman. Jika hatinya berat, itu menunjukkan masih ada sifat takbur dalam dirinya.
· Boleh juga diuji dengan memakai pakaian buruk, kerana nafsu biasanya berat untuk memakai pakaian buruk.

Monday, February 2, 2009

Belajar Terima Pandangan Orang Lain


Assalamualaikum buat semua sahabat.Sekian lama ana menyepi tak posting2 ni terasa nak memposting hari ni..Dalam lumrah kehidupan manusia kita perlu tahu betapa pentingnya hidup secara berjemaah atau berkelompok sebab antara dikalangan kita akan ada yang sering nasihat-menasihati antara satu sama lain..tu lah pentingnya kita bersaudara..dalam kita hidup secara berkelompok ni kita perlu juga dengar nasihat dan juga pandangan orang lain..kalau yang jenis tak nak dengar nasihat atau pandangan orang susah la macamna nak lahirkan seorang insan yang dihormati dan disegani.

Dikalangan manusia ada yang suka pentingkan diri sendiri antara jenis pentingkan diri ialah tidak mahu mendengar suara orang di sekitarnya. Cuma yang dia mahu dengar ialah suara nafsu dan keinginannya saja, walaupun kadangkala orang menderita disebabkan sikapnya.
Suara luar,rintihan yang di sekelilingnya tidak diendahkannya. Baginya itu semua tidak penting. Nabi Sulaiman a.s sanggup mendengar suara dan pendapat luar walaupun daripada seekor burung hud-hud mengenai negeri Saba'. Begitu juga Nabi Muhammad s.a.w mendengar pendapat dan pandangan sahabat, kemudian bersama berfikir mengenai cadangan dan akhirnya melaksanakan kesimpulan yang dipersetujui. Bukankah itu memberikan kejayaan!Pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat menyentuh hati golongan dipimpin. Tetapi sebelum kita dapat menyentuh yang dipimpin, kita semestinya menyelami apa ada dalam hati mereka.Hendak menyelami hati mesti mendengar dulu suara mereka. Semestinya kita menjadi pendengar yang baik. Dalam kehidupan seharian antara suara yang perlu kita dengar ialah: 1. Suara mereka yang dekat dengan kita seperti suara hati suami, isteri, anak, teman dan sahabat kita. Luangkan masa mendengar sama ada pujian atau teguran. Tunjukkan wajah yang simpati dan tindak balas. Hindarilah wajah yang dingin kerana ia akan melukakan mereka yang sedang berkomunikasi dengan kita. Banyak orang yang suka ceritanya didengari daripada memenuhi permintaan.2. Suara pelanggan. Kepada yang ingin berjaya luangkanlah waktu untuk mendengar suara pelanggan (terutama peniaga dan pemberi perkhidmatan) dan mendengar suara umat (bagi golongan pendakwah atau pakar motivasi) kerana kadangkala ilmu dan hikmah datang daripada suara mereka ini. Apabila suara mereka mengandungi makian hadapilah dengan positif dan sangka baik serta cuba perbaiki diri. Jika suara mereka mengandungi pujian pertahankan pujian dengan mempertingkatkan kualiti.3. Suara lawan. Suara lawan memang sukar untuk diterima, malah kadang-kadang disambut dengan lawan juga. Bagi mereka yang bijaksana, suara lawan sebenarnya sangat berharga. Melalui kritikan mereka kita mengetahui lemah kita, bahkan yang cacat akan diperbaiki.Kata bijak pandai 'apabila lawan kita menceritakan aib kita sebenarnya kita patut berterima kasih kerana dia bersusah meluangkan masa dan fikirannya menasihati kita'. Cuba fikirkan, berapa banyakkah waktu yang kita pernah guna untuk memperbetulkan dan muhasabah diri kita? Mulai sekarang marilah kita belajar mendengar, bukan sahaja kata-kata tetapi juga perasaan mereka di sekitar. Nanti mereka juga akan mendengar perasaan kita.

Sunday, January 25, 2009

Adab-adab dan Peranan Dalam Bersahabat..


Salam mahabbah diucapkan buat semua sahabat.Disini ana ingin terangkan sikit mengenai peranan dan adab dalam kita bersahabat.Perlu kita titikberatkan dalam bersahabat ni kita perlu juga mengetahui banyak perkara mengenai sikap peribadi seorang sahabat kita ni..kenapa?? kita sering lupa adakah kita tidak mengetahui perasaan sahabat kita ni..perlu ingt juga manusia ni macam2 perangai dia..kadang2 ada yang jenis happy good lucky ada yang jenis peramah,open minded dan ada juga yang sensetif..(bukan macam perempuan naa..) .

Setiap kejadian Allah SWT memang cukup sempurna tiada siapa yang yang dapat menyangkalnya..Dalam lumrah kehidupan manusia pasti ada yang diuji dan teruji,sesuailah dengan norma kehidupan manusia sebagai khalifah dimuka bumi Allah ni.Dengan ujian yang manusia lalui itu akan mematangkan segala gerak geri dan tindak tanduknya..betul tak..Apabila akal sudah matang secara xlangsung seseorang tu akan berfikir secara rasional..

Dalam menyelusuri denai kehidupan berkelompok atau senang cerita bermasyarakat kita sepatutnya lebih mengetahui sikap sesuatu puak atau golongan tertentu..senang kata sahabat la..mereka inilah orang yang rapat dengan kita selepas daripada keluarga kita..perlu ingt kawan atau sahabat inilah yang kadang2 menjadi faktor kepada perubahan kepada seseorang tu.Dalam bersahabat kita perlu tau juga tindak tanduk sahabat kita ni, apa yang dia suka apa yang dia xsuka dan apa yang buat dia terasa perlu kita ambil cakna juga itulah kadang2 mereka ni nampak jauh sikit dari kita mungkin sebab tindak tanduk atau tutur kata kita yang terover tanpa disedari membuatkan dia terasa.Perlu kita selami jiwa dan perasaan supaya kita tak menyakitinya..dalam pada itu juga kita perlu ingat juga kadang2 kita pula yang akan disakiti pula, jika difikirkan mungkin sebab kita pernah sakiti hati seseorang..mungkin ni balasan kita terima.Pernah satu ketika ana mendengar satu ceramah DR Hj Fadhilah Kamsah pakar motivasi yang xasing lagi buat kita beliau pernah menyebut dalam ceramahnya " Jika kita nak semua orang sayangi kita, kita perlu sanyangi semua orang termasuk binatang hatta sekalipun, kalau kita membenci seseorang kita akan dibenci balik..dan ana ada juga terbaca dalam hikam wal amsal ada menyebut : " iz lam tuazza fala taf'al aza.."

Dalam coretan ana ni ana akan terangkan serba sedikit mengenai pakah tujuan persaudaraan dan peranan2 lain terhadap sahabat kita dalam kita mengekalkan ukhwwah yang kita bina selama ni..

Tujuan Persaudaraan
Hasan al-Bashri rahimahullah dalam hal ini mengatakan, “Seorang teman yang jika engkau temui akan mengingatkanmu akan kewajipanmu terhadap Allah itu lebih baik bagimu dari seorang teman yang selalu memberimu segenggam dinar.” Beliau juga mengatakan, “Seorang mukmin adalah cermin bagi saudaranya yang lain. Jika dia mendapatkan sesuatu yang tidak menyenangkan pada diri saudaranya, ia bersegera meluruskan juga selalu menjaga aib saudaranya baik ketika sendirian atau ketika bersama orang lain.Kalaupun kita melihat keburukan dan kekurangan secara tak sengaja, maka tidaklah perlu membicarakan keburukan pada orang lain. Tutupilah keburukannya itu, dan jadikan sebagai rahsia pribadimu.Itulah hakikat persahabatan sebenarnya. Sesungguhnya seorang yang lemah akan lebih mampu untuk meluruskan nafsunya yang hendak berbuat maksiat dengan bantuan teman-temannya.

Bantu Materi
Ada muslim yang dilebihkan dalam hal materi dan ada juga yang kekurangan. Ini adalah sunnatullah. Segalanya diciptakan oleh Allah dengan pengetahuan dan keadilan-Nya yang sempurna. Membantu kesulitan dalam hal materi, adalah salah satu adab kita dalam bersahabat. Dan juga sebagai wasilah mendulang pahala kita. Rasulullah SAW bersabda yang artinya, “Dan barangsiapa yang membebaskan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan membebaskan kesusahannya di hari kiamat. “ (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).

Saling Menolong dalam hal Kebaikan
Firman Allah dalam surat al-Maidah ayat 2 yang artinya, “…. Tolong menolonglah dalam kebaikan serta takwa dan jangan tolong menolong dalam keburukan dan permusuhan…”
Sebagaimana juga janji Rasulullah SAW, “Allah akan selalu menolong hamba selama hamba itu menolong saudaranya.” (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).

Menahan Lidah
Rasulullah SAW bersabda yang artinya, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaknya berkata yang baik atau diam.” (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).

Buatlah Senang
Teman yang baik akan berusaha memberikan kesenangan kepada kawannya. Setiap kali bertemu dia akan mengubati perasaan gundah yang menimpa. Sekali-kali berikanlah hadiah kepada sahabat. Rasulullah SAW pernah bersabda yang artinya, “Berikanlah hadiah niscaya kalian akan saling mencintai.”

Maafkan, sembunyikan dan baik sangka
Manusia tempatnya salah dan luka. Orang lain biasa berbuat salah, demikian juga dengan siri kita. Bila sedar akan hal ini mestinya kita bersikap arif. Kesalahan dan kekhilafan saudara kita hendaklah dimaafkan. Disamping memaafkan kita tidak boleh menyebarkan aib kepada orang lain. Allah menjanjikan pahala besar bagi orang yang menutupi aib saudaranya sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang artinya, “Barangsiapa yang menutupi aib saudaranya sesama muslim maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat. ” ( Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).Memaafkan, menyembunyikan keburukan dan menasihati dengan kebaikan dilakukan dengan empat mata, dengan memperhatikan adab-adabnya.

Setia
Kesetiaan sangat diperlukan dalam persahabatan dan diharapkan kekal sampai kenegeri abadi. Dan kerananya tidaklah boleh seseorang mengkhianatinya. Rasulullah SAW bersabda yang artinya, “Seorang muslim adalah saudara muslim yang lain, tidak boleh dikhianati, didustai, tidak dihinakan orang.” (Riwayat at-Tirmidzi).

Ungkapkan doa
Doakan selalu untuk keistiqomahan sahabat kita dalam menjalankan ibadahnya kepada Allah SWT, bahkan sekalipun dia telah meninggal dunia.
“…Ya Allah ya tuhan kami, beri ampunlah Kami dan saudara-saudara Kami yang telah beriman lebih dulu dari Kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati Kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Allah ya tuhan kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” ( QS. Al Hasyr : 10).

Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat Hidayah dan Nusrah-Nya..

Thursday, January 22, 2009

Teori dan Ideologi Palsu Pesongkan Dunia

Assalamualaikum Wrbth..sekian beberapa hari ana tidak memposting terdetik dihati ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang teori yang salah mengenai peradaban orang2 yahudi ni..sekurang2nya kalau kita baca ni kita tau sejauhmana pembohongan yang mereka canangkan selama ni mengenai peradaban mereka yang kononnya mereka ni adalah satu bangsa yang bertamadun tapi hakikatnya tak pon, kita lihatlah sekarang ni antara kekejaman dan kerosakan yang mereka ni buat pada Palestin.Nyatalah disini memang mereka ni tak bertamadun..pelbagai dakyah yang mereka ni bawa semata2 untuk mengembangkan tamadun mereka,adakah ini dinamakan tamadun..??




Dewasa ini, terlalu banyak teori atau ideologi tersebar dan diperkatakan dalam dunia ini. Samada ianya diperdebatkan, diterima atau ditolak. Jika ditinjau dari skop politik, ekonomi atau sastera, semuanya mempunyai teori tersendiri. Dalam sastera melayu, pelbagai teori dicipta dan dibahaskan. Mutakhir ini, terdapat keghairahan dan keberahian sarjana dan pengarang sastera dalam mencetuskan teori baru sastera. Sesuatu yang perlu dibangkitkan; untuk apa semua teori ini? Relevankah ia?
Apakah yang dimaksudkan dengan teori? Teori boleh dimaksudkan begini: pendapat (bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya) yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara dan sebagainya.
Protokol Cendekiawan Zionis Sedunia ke IX menyebut perihal teori dan ideologi. Bunyinya: Kita telah memperbodohkan, membingungkan dan mengotori pemikiran remaja goyim (bukan Yahudi) dengan mendidik mereka melalui prinsip dan teori yang walaupun kita tahu palsu, kitalah yang menciptanya.
Protokol kontroversi ini mengandungi 24 bab atau bahagian. Ia merupakan dokumen sulit yang menerangkan survival bangsa Yahudi pada masa 100 tahun. Dokumen ini mulanya didedahkan Sergius A Nilus.
Tiada bukti jelas siapa penulis dan mastermind protokol ini, tetapi ada spekulasi menyatakan ia diilhamkan oleh seorang wartawan Yahudi, Theodor Herzl yang juga dikenali sebagai bapa zionis.
Kaum Yahudi dalam surah al-Baqarah dikutuk kerana kejahatan dan kedegilan mereka. Beratus nabi telah dibunuh oleh mereka, misalnya Nabi Zakaria. Pendeta mereka terkenal sebagai ulama yang mengubahsuai kitab Injil, Zabur dan Taurat.
Terdapat cerita yang dipanggil Israeliyat, iaitu ciptaan pendeta mereka untuk menyesat dan memesongkan masyarakat awam.
Yahudi diketahui bergiat aktif dalam semua bidang kehidupan, terutama bidang teras atau utama seperti ekonomi dan politik.
Dalam dunia pemikiran, Yahudi tidak terkecuali. Untuk memukau pemikiran dunia, kadangkala mereka menunggang golongan intelektual bangsa goyim, selain tokoh mereka sendiri.



Tiga nama yang jelas disebut dalam Dokumen ke-IX adalah Karl Marx, Friedrich Nietzsche dan Charles Darwin. Mereka disebut sebagai tokoh berjaya membawa misi yang dikehendaki Yahudi. Kita ketahui juga, antara pemuka tulen Yahudi adalah Karl Marx, Sigmund Freud dan Lenin. Manakala di pihak goyim, termasuk George Bernard Shaw, Rosseaou, Darwin atau Nietzche.
Empat nama terakhir bukan berdarah Yahudi, tetapi dipercayai menjadi boneka dan dipergunakan secara sedar atau tidak oleh zionis dalam menjayakan misi mereka.
Shaw, penulis dan ahli falsafah British itu, seorang ahli aktif Kelab Fabian, sebuah persatuan anjuran Yahudi, selain Freemason dan Allience Israelite Universelle.
Dalam dunia politik, komunisme atau sosialisme diketahui jelas sebagai pembawaan dakyah atau agenda Yahudi.
Dengan fahaman komunis dan sosialis, mereka menggerakkan agenda revolusi untuk kehancuran dunia dan mengutip laba dalam politik, ekonomi dan sosial. Ini dibuktikan melalui kejayaan revolusi di Russia.
Slogan Freedom-equlity-fraternity juga disebar oleh intelektual Yahudi, walaupun ia disampaikan dari mulut bangsa goyim.
Perkara ini jelas tertera dalam catatan Protokol Zionis dengan nama mengejek kaum goyim.
Dalam jurusan sains politik, Harold J Laski, pensyarah di London School of Economics and Political Science adalah juga ahli jawatankuasa Fabian. Beliau dianggap sebagai rujukan penting bagi pelajar-pelajar dalam bidang sains politik.
Beliau sebenarnya adalah arkitek dan pembangun Yahudi dalam merangka teori pemikiran politik goyim. Buku tulisannya dipelajari di sini, Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri telah menterjemahkan salah sebuah karya politiknya. Bahkan Lee Kuan Yew suatu ketika dahulu pernah berguru dengan Harold J Laski.
Buku sains politik, The Social Contract, karya Jean Jacques Rousseau yang mengumandangkan idea abad ke-18, persamaan manusia menurut lumrah alam adalah produk Yahudi.
Siapakah meniupkan inspirasi kepada Rousseau yang buah fikirannya dalam buku itu didakwa berjaya menyumbangkan peratusan besar faktor penyebab meletupnya revolusi di Perancis tahun 1789 itu? Beliau adalah Dr. Kallen, seorang Yahudi ahli Kelab Fabian.


Sokongan Negara Luar


Revolusi Perancis memberikan keuntungan besar kepada Yahudi. Revolusi Perancis telah menghadiahkan kebebasan sivil kepada Yahudi di Eropah Barat.
Seterusnya, Dean Roscoe Pound (Yahudi penganjur liberalisme) Kemudian David Ricardo telah mengobarkan doktrin abad ke -19 iaitu idea persamaan manusia menurut kejenteraan.
Dalam sastera, pemikiran berbaur Yahudi tidak terkecuali dan tidak dapat dinafikan. Misalnya, feminisme, absurdisme, eksistensialisme, surrealisme, realisme magis atau romantisme.
Meskipun bebas dan tidak diterbitkan pemuka Yahudi secara terang-terangan, tetapi dari satu segi, semua isme ini seolah-olah melengkapi, menyetujui dan menyokong pernyataan dokumen tadi. Berapa ramai intelektual dan sarjana sastera Malaysia mabuk dan selalu berhujah dengan menggunakan teori di atas?
Semua ini menuju matlamat untuk membingungkan pemikiran bangsa bukan Yahudi dalam usaha mereka untuk menguasai dunia. Ini semua dijalankan untuk kepentingan mereka.
Mereka cuba meletakkan perangkap dalam setiap bidang kehidupan, samada untuk melekakan, membingungkan atau merosakkan.
Teori di atas tiada gunanya, Ia amat tidak praktikal sama sekali. Kita ambil contoh feminisme, bolehkan diwujudkan persamaan hak antara wanita dan lelaki?
Kesamaan atau ketidaksamaan hak wanita dan lelaki sudah jelas dalam al-Quran, maka apa lagi yang mahu diambil dari Feminisme?
Mungkin terdapat pemikiran yang dibawa Yahudi baik dan positif. Hal ini mengingatkan kepada kisah Nabi Muhammad SAW dengan sekumpulan wanita berkisar persoalan ahli nujum.
Mereka bertanya kepada baginda, mengapa meramal nasib diharamkan? Walhal tilikian itu adakalanya tepat. Baginda menjawab, samada tepat atau tidak, haram hukumnya meramal nasib. Ini kerana mereka mencampurkan antara kebenaran dan kebatilan.


Kesedaran


Seharusnya satu penilaian semula dilakukan ke atas semua teori dan ideologi yang selama ini kita praktikkan. Dalam tulisan ini khasnya, merujuk teori sastera.
apakah sebenarnya teori? apa perlu adanya teori? Apa relevannya teori?
Kita bimbang jika pemikiran kita dilekakan dengan pembuatan, perbahasan dan penamaan teori yang tiada gunanya dan semua ini akhirnya menjayakan misi Yahudi dalam melekakan pemikiran umat manusia dari menghadapi kenyataan dan masalah sebenar. Malah dikhuatiri produk dan calon intelektual yang dikeluarkan pusat pengajian tinggi kelak, hanya mengajar, membahas dan menyebut teori yang tidak ada gunanya, tidak berpijak di bumi nyata atau khayalan semata.
Kita akhirnya leka dan sesat dalam permainan teori dan ideologi semata. Juga dibimbangkan, dalam keadaan kita mengkritik kaum muda yang dijangkiti kuman penyakit sosial yang disebar Yahudi seperi budaya Hedonisme atau Hippies, golongan intelektual sendiri lebih dahsyat dilekakan dengan candu teori dan ideologi tak berguna ciptaan Yahudi.

Tuesday, January 20, 2009

Kejayaan Hamas Menentang Israel..


Pada pukul 10.30 waktu mesir 19 Jan 09 telah diadakan sidang media oleh Brieged Qassam yang diwakili oleh Abu Ubaidah. Ini diantara butir2 dalam sidang media tersebut: 80 TENTERA ISRAEL YG TERBUNUH (PALING KURANG) 49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG. 48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT MENEMBAK 4 HELIKOPTER MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR2 ISRAEL TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANGAN PEJUANG YANG DITANGKAP. MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL. MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI MENAWAN TENTERA2 ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL. MENGHENTIKAN SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZZA.


Mereka telah menyatakan kejayaan mereka dengan tentera Israel.Ini kerana mereka berjaya memusnahkan mekanisma2 ketenteraan Israel dan menundukkan Israel untuk keluar secara berperingkat.Adapun Israel tidak mencapai matlamat mereka untuk menghapuskan hamas.Malahan Abu Ubaidah menyatakan amat sedikit kerugian yang mereka alami dalam peperangan ini.


Abu Ubaidah berkata 23 masjid telah dimusnahkan keseluruhannya oleh Israel dgn alasan ia tempat persembunyian para pejuang. Beliau menafikan pejuang bersembunyi di masjid walau sebuah pun. Bila ditanya tentang pihak keamanan antarabangsa yang hendak menghalang senjata2 diseludup ke pada mereka, beliau menjawab: "ليفعلوا ما شاؤوا، فإدخال السلاح الطاهر وصناعة السلاح المقاوم هو مهمتنا، ونعرف جيدا كيف ندخله".


“Buatlah apa yang mereka mahu, mendapatkan senjata yang bersih dan membuat senjata pejuang adalah tugas kami. Kami amat mengetahui bagaiman untuk mendapatkannya.” Ulasan: Pasukan briged Qassam dan briged2 yang lain telah mencapai matlamat mereka iaitu menghalau Israel dari bumi. Adapun Israel tidak berjaya kerana gagal mencapai matlamat mereka. Kenyataan ini disokong dengan kenyataan parti likud (Israel)yg mengatakan tentera Israel tidak mencapai matlamat mereka dan mereka perlu meneruskan serangan terhadap hammas. Kemenangan ini disifatkan oleh Ismail Haniah sebagai kemenangan ketuhanan (intisor rabbani) dan ianya dimiliki oleh semua orang Islam. Kekuatan ketenteraan pejuang hamas tidak terjejas melainkan sedikit. Tidak ada sorang pejuang pun yang ditangkap. Tentera Israel hanya menangkap orang awam sahaja. 1300 manusia (sehingga saat artikel ini ditulis) yang dibunuh adalah orang awam yang mana 410 dari jumlah tersebut dikalangan kanak2 dan 104 dikangan wanita. Kemusnahan secara besar2an hanya pada bangunan awam dan rumah penduduk bukannya pada kekuatan ketenteraan pejuang palestin. Abu Ubaidah menyifatkan kekuatan roket mereka tidak terkesan dengan peperangan selama 22 hari tersebut. Ini kerana kekuatan mereka sangat besar seperti yang dinyatakan oleh pakar ketenteraan Sofwat Zayyat bahawa al-Qassam memiliki puluhan ribu tentera dan tidak kurang 5000 roket. Semoga para pejuang palestin tetap teguh melawan kezaliman tentera Israel. Sabda Nabi saw:
لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.)) قالوا : وأين هم يا رسول الله؟ قال (( ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس
Maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang2 yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah) Semoga kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan hangat2 tahi himar je. Doa, infaq dan boikot dulu, kini dan selamanya.Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yg berilmu, beramal dan ikhlas. Bukan sekadar penyokong kerana itu hanya lah buih2 yg lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin, mengamalkan segala ilmu Islam dan menyebarkan dan memperjuangkan ajarannya sehingga nafas terakhir.

Monday, January 19, 2009

Antara Perjuangan, Pengorbanan & Wadah


Dengan memohon taufiq serta hidayah dariMu ya Allah, Tuhan semesta alam, selawat dan salam terhadap Rasul Junjungan Muhammad SAW serta kaum keluargamu yang dikasihi seterusnya kepada semua para sahabat yang bagaikan bintang-bintang menghiasi kegelapan malam hari. Terasa begitu cepat dan pantas masa berlalu meninggalkan kita, bagaikan baru semalam,sedar tidak sedar kita sudah hampir ke penghujung bulan Muharam . Setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan kepadaMu ya Rabbi di atas segala ketentuan dariMu ini.


Saudara-saudaraku kehidupan di dunia fana ini akan terus berjalan tanpa memperdulikan sesiapa pun, sampai tempoh masa yang ditentukan Ilahi kepada setiap orang atau mahkluk tersebut akan bertemulah ia dengan noktah atau pemberhentian atau kematian atau kemusnahan atau kehancuran kerana itulah selayaknya kepada sesuatu yang bersifat "baharu" di alam fana ini. Setiap mahkluk tersebut, terutamanya kita wahai saudara-saudaraku ! Kitalah yang seharusnya memastikan setiap detik kehidupan yang kita lalui ini bermanfaat untuk perjuangan yang telah kita sepakati dan yakini akan kebenarannya, yang mampu memberikan kebahagian di dunia serta di akhirat nanti. Bila membicarakan perjuangan, ia bukan lagi ikut-ikutan atau mengisi masa terluang atau menjangkakan perkembangan-perkembangan politik semasa. Itu semua "perjuangan" bagi mereka yang keliru dan tak tahu apa yang hendak diperjuangkan dalam masa yang cukup suntuk serta terbatas ini. Sebenarnya kita sebagai ummat Islam tidak punya banyak masa untuk berteori dan berkhayal melayani kehidupan mereka yang tidak yakin dengan adanya akhirat. Ummah tidak punya masa untuk dibazirkan waktu serta segala potensi ummah bagi mengikut dan menjayakan agenda musuhnya atau mereka yang tidak yakin tersebut. Perjuangan bagi ummat Islam ialah apabila hadirnya makna keimanan kepada Pencipta dan Pentadbir sekelian alam ini di dalam jiwa mereka, lalu membuahkan keyakinan yang akan dipegang dan diperjuangkan dalam seluruh kehidupannya samada secara peribadi ataupun bermasyarakat, dengan mengambil contoh utusan Allah, iaitu Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda serta mereka yang mengikut akan mereka itu sampailah ke hari terakhir bagi kehidupan di alam sementara ini.


Bagi ummat Islam, perjuangan juga ialah keyakinan dan kehidupan yang mereka lakukan dengan bersungguh-sungguh untuk membina hadharah hari esok, yang pastinya Hadharah Islamiyyah, seperti yang pernah tertegak di atas mukabumi Allah ini suatu waktu dahulu. Hadharah hari esok akan lebih cepat sampai dan dapat khalayak ummah memiliki jika semua kita memulakan perjalanannya hari ini. Teruja saya akan kepetahan Si anak kecil Johan Khutbah Ihtifal PASTI Kebangsaan sebulan yang lalu. Kata Si khatib -"Jika kamu merancang untuk setahun yang akan datang, cukup dengan menanam padi ! Jika kamu merancang untuk sepuluh tahun yang akan datang, cukup dengan menanam pohon-pohon ! Tetapi jika kamu merancang untuk 100 tahun yang akan datang ! Maka didiklah anak-anak generasimu hari ini mengikut acuan yang kamu inginkan.


Perjuangan yang haq dan panjang pasti membutuhkan perancangan serta pengorbanan dari setiap pendokong-pendokongnya. Firman Allah bermaksud: "Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang sederhana jauhnya pastilah mereka mengikuti kamu tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka." - at-Taubah 42. `Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya( beriman) kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan berjuang dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.` al-Hujurat 15. `Jika kamu meminjamkan kepada AlLah pinjaman yang baik, nescaya Allah melipat gandakan balasannya kepadamu dan mengampuni dosa-dosa kamu. Dan AlLah Maha Pembalas jasa lagi Maha Penyantun.`- at-Taghaabun 17.


Untuk sampai kepada kemampuan melakukan pengorbanan sepertimana yang dituntut oleh agama Islam dalam perjuangan kita, tidak dapat tidak mestilah mempunyai keyakinan yang tinggi serta ikhlas hanya untuk Allah Azzawajalla. Pengorbanan mungkin sesuatu yang mudah dan selalu di sebut, terutamanya apabila untuk orang lain atau pihak bawahan yang ditagih melaksanakannya. Pengorbanan menjadi terlalu sukar malah sering dilupakan begitu saja apabila diri sendiri atau pimpinan atasan sepatutnya memulakan. Saudara-saudaraku sebenarnya itulah rahsia yang tersirat di sebalik kalimah "pengorbanan". Pengorbanan Nabi Ibrahim as, pengorbanan Ismail as, dan pengorbanan Hajar ra bukanlah semudah kita mendengar segala kisah-kisah mereka. Pengorbanan yang terpaksa mereka pasrahkan demi sebuah keyakinan tuntutan penghambaan kepada Allah SWT. Pengorbanan Nabi Muhammad SAW, pengorbanan kaum keluarga ahlul-bait dan pengorbanan seluruh generasi sahabah demi melengkapkan sebuah keyakinan Lailaha illallah Muhammadurrasulullah. Semuanya ini terakam sebagai bukti dan saksi yang terus hidup di dalam jiwa mereka yang dihidupkan oleh AlLah dengan keyakinan sebagaimana yang diperintahkanNya.


Begitulah sebenarnya saudara-saudaraku lumrah kehidupan yang Allah SWT ciptakan di dunia fana ini sentiasa menuntut ia akan pengorbanan bagi menguji keyakinan para hambaNya yang benar-benar beriman dengan hari akhirat. Ada kalanya pengorbanan tersebut terlalu mahal harganya mengikut kacamata biasa nilaian dunia, tetapi insyaAllah akan ada manusia yang beriman tetap menyahut tuntutannya sebagai hamba Allah di sepanjang masa. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Muslim, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." - at-Taubah 111. Dalam suasana dunia yang sudah tidak ada Nabi dan para Rasul untuk membimbing kita ummat akhir zaman, supaya menjadi hamba yang sebenar kepada Tuhannya. Maka amanah kenabian tersebut akan dipikul oleh Jemaah Islam ataupun Harakah Islam yang benar-benar menepati ciri- ciri dan sifat-sifat para Nabi dan Rasul alaihimussalatuwassalam. Itulah wadah yang akan menjadi harapan ummat pembela para mustada'fin, penolong fuqara wal masakin, pembimbing para mukhlisin, penunjuk jalan kebenaran kepada a'bidin serta a'milin dan teman rapat kepada para mujahidin serta solehin. Wadah ini digeruni oleh kuffar dan mustakbirin, dimusuhi oleh para fasiqin dan munafiqun serta dibenci oleh para zalimun dan jahilun. Firman Allah bermaksud : "Muhammad itu adalah utusan Allah dan pengikut-pengikut yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama orang-orang mukminin…al-Fath 29.


Oleh itu wahai saudaraku sekalian bangun dan bangkitlah dari tidur yang panjang sambutlah perjuangan ini, dan ingatlah kita adalah mata rantai perjuangan yang akan meneruskan salasilah perjuangn Rasulullah bukalah kita yang memulakan dan mengakhiri perjuangan ini,jauhilah permusuhan dan bersatulah.....

Saturday, January 17, 2009

Imtihan....

Bila sebut pasal imtihan pasti dikalangan kita akan rasa takut,tidak sedia dan pelbagai lagi yang sering dialami oleh setiap insan yang bergelar mahasiswa.Setiap insan ini akan mengalami imtihan atau nama lainnya peperiksaan,tidak dinamakan sebagai manusia jika kita tidak diuji sedangkan nabi lagikan teruji apatah lagi kita yang berada dizaman serba pancaroba ini.Kita dituntut untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin selagi mana kita masih terdaya selagi itulah kita kena berusaha untuk mencari permata2 yang bernilai ini.Ujian ini bukanlah untuk menguji kita saja tetapi hendak mengetahui sejauhmana "kecaknaan" kita dalam menuntut ilmu ini bukanlah hanya semata2 untuk lulus dalam peperiksaan saja tapi ingatlah kejayaan yang kita impikan sebagai satu wadah perjuangan untuk terus kita mengorak langkah demi memperjuangkan agama kita.Ilmu itu juga merupakan tuntutan dalam syariat islam maka sayugianya bagi kita untuk mencarinya sebanyak yang mungkin.Dengan ilmulah kita bergerak dan dengannya lah kita akan bersama meniti cabaran era alam globalisasi.Tanpa ilmu ibarat sepohon pokok yang tiada buahnya..Renungkanlah wahai sahabat2ku.. dan ingatlah menuntut ilmu itu merupakan satu perjuangan islam untuk kita melebarkan sayap2 dakwah untuk seluruh umat manusia.Janganlah kita tergolong didalam kalangan orang yang rugi didunia dan di akhirat..justeru itu marilah wahai sahabat2ku jadikan ilmu itu sebagai lilin yang menyuluh menyinari alam dan jadikanlah latihan ( imtihan) ini sebagai wasilah untuk terus kita berganjak lebih jauh dalam mencari mutiara2 yang bernilai ini..semoga kejayaan milik kita bersama.

Dunia Oh Dunia


Kita lihat dunia hari ini semakin hari semakin teruk dengan pelbagai masalah isu dunia yang melanda sekarang.Isu dunia sekarang mengenai Palestin yang kini sedang berhadapan dengan kematian,ditindas dicaci di bunuh seperti binatang betapa hinanya puak Zionis Laknatullahi alaihim terhadap umat islam Palestin.Apakah peranan kita sebagai saudara seisalam dan seakidah adakah kita hanya berdiam diri sahaja melihat saudara seislam kita ditindas?kita hanya berpeluk tubuh saja tanpa berbuat apa2.Betapa pilu hati ini apabila melihat saudaraku ditindas dan dibunuh begitu kejam tanpa belas kasihan,hati ini meronta2 untuk membantu saudaraku disana tapi apakan daya hanya secebis doa ku kirimkan buat mereka.Sabarlah wahai rakyat Palestin sesungguhnya kamu semua telah dijanjikan Allah syurgaNya biar derita yang kau alami ini akan dibalasi dengan nikmatNya yang tidak terhingga dan biarlah penderitaan kamu itu sebagai jalan kamu untuk menuju ke SyurgaNya,dan ingatlah pertolongan Allah itu hampir dengan kamu.