basmallah Pictures, Images and Photos

Saturday, June 6, 2009

Alhamdulillah..


Sekian lama menyepi kini baru tergerak nak tulis blog ni biasalah sibuk dengan imtihannya sibuk dengan urusan kuliah dan yang paling sibuk nak balik Malaysia ni..biasa lah dah lama tak balik tapi kali ni kena balik jugak,walaupun xterdetik di hati nak balik tahun ni tiba2 ja ana di suruh balik so kena la balik maklumlah orang rumah rindu tu..
Sebenarnya risau ana apabila disuruh balik awal maklumlah imtihan syafawi belum habis lagi tapi ana kena balik juga pada 8 June ni, masalahnya imtihan syafawi bagi pelajar wafidin(asing) 9 June..pening jugak nak fikir so ana cuba jumpa amid tetapi malang pada hari tersebut amid xdatang kuliah terpaksa ana datang semula hari ni 6 June tarikh bermulanya syafawi arab.penat juga menuggunya hampir 2 jam setengah baru surat rayuan ana di proses.Selepas selesai surat ana diproses ana dibawa oleh pak cik ammu bawab ke bilik syafawi tahun tiga..maka di situlah bermulanya soalan nahu yang dituju bertubi2 oleh Dr kepada ana,hampir banyak juga soalan yang diajukan pada ana..xsempat lidah nak menjawab..apa pon bersyukur Alhamdulillah dapat ana jawab dan dapat ambil syafawi kali ni..kerisauan di hati ana sudah terubat setelah dapat masuk dalam bilik tersebut..pada mulanya keluarga ana cukup bimbang kalau ana tak dapat ambil syafawi pada hari ini tapi Alhamdulillah semuanya dengan kehendak Allah SWT..hamba bersyukur pada-Mu Ya Allah..apa pun ana tak adalah rasa seronok sangat sampai lupa diri..natijah betul belum keluar harapan ana agar tahun ni dapat naik tahun, doakan kejayaan bersama.
‘Ala kulli halnya setiap apa yang kita lakukan jangan lupa pergantungan kita pada Allah mengharapkan nusrah dari-Nya setelah berusaha berdoa dan bertawakal pada Rabul Jalil untuk menghasilkan satu natijah yang dapat membantu kita untuk terus melangkah demi menuntut ilmu agama Allah ini sekaligus dapat memberi kefahaman kepada kita untuk meneruskan perjuangan para anbiya’ dalam mencari mutiara hikmah yang berharga ini..
Akhir sekali doakan kejayaan ana dan kejayaan kita bersama,dan juga doakan ana selamat sampai pulang ke tanah air pada esok hari 7June ni..

Friday, May 15, 2009

Selamat Berjuang Doakan Kejayaan Bersama..

SELAMAT MENEMPUHI IMTIHAN MA'A TAUFIQ WAN NAJAH..

Salam imtihan buat semua sahabat2ku..sekian lama ana menyepi tak mengupdate blog ana ni tiba2 terasa macam nak tulis la sikit maklumlah imtihan dah dekat banyak beruzlah sebab nak hilangkan sikit tekanan so tulis2 apa yang patut.Pertama sekali ana nak ucapkan selamat menjawab imtihan buat sahabat2 ana kuliah Bahasa Arab tahun tiga us Hanif,us Soleh,us Bobo,us Murshid dan us veron dan juga us Mustakim yang nun jauh di Alex semoga kalian dapat menghadapi imtihan Al Quran esok 16 Mei 2009 dengan mudah dan tenang. Sedar tak sedar hari yang telah dihitung kian menghampiri hanya tinggal seminggu saja lagi buat ana untuk membuat sebarang persediaan yang rapi sebelum ana melangkah kaki ke "medan pertempuran" pada 23 Mei dan 30 Mei nanti..tetapi bila cakap pasal persediaan ramai di antara kita akan menjawab belum bersedia..ini soalan biasa yang kita dengar apabila kita diajukan dengan soalan sedemikian tapi itulah hakikat sebenar.Bagi diri ana persediaan itu bila2 masa saja kita perlu bersedia kerana kesediaan kita bukan hanya sekadar pada soalan imtihan saja, sebagai pelajar atau mahasiswa kita perlu kena sentiasa bersedia dari segenap aspek, memang kalau ikut sinonim bagi kita bila sebut saja pasal imtihan pasti ada yang akan berkata "ana tak berapa nak bersedia"..itulah perkataan yang biasa kita dengar setiap kali musim imtihan begitu juga dengan diri ana sendiri.Ala Kulli Halnya sama2 perlu kita muhasabah diri kita sendiri moga imtihan kali akan menatijahkan satu keputusan yang cemerlang.mudah-mudahan kejayaan yang kita impikan ini akan menjadi semangat buat kita untuk terus mendalami ilmu Allah ini. Di kesempatan ini juga ana nak memohon kemaafan diatas segala salah silap ana jika ada terkasar bahasa, terasa, tertouching2 harap dimaafkan , kerana tidak semua manusia diciptakan dalam keadaan sempurna dan ana mengharapkan sahabat2 semua dapat mendoakan kejayaan ana dalam imtihan kali ini dan ana mendoakan agar kejayaan milik kita bersama semoga Allah memudahkan segala urusan kita.. SALAM IMTIHAN..

Thursday, April 23, 2009

Nasihat Orang Tersayang Buat Diriku..

"Mutiara Berharga"

Salam pertemuan buat semua sahabat,sudah lama ana tidak mencoretkan di laman blog ini mungkin kerana sibuk atau malas untuk mencaknakan diri disini..maklumlah imtihan pun semakin hampir hanya beberapa hari saja lagi.

Sedar tidak sedar sudah hampir final exam bagi sesi 09 ni,kurasakan bagaikan masa itu terlalu pantas meninggalkan kita sehinggakan kita tidak sedar kita akan mengahadapi ujian yang ana kira besar juga.Masuk tahun ni sudah tiga kali aku menduduki imtihan disini tapi persediaan diriku ini masihku rasakan begitu tidak memuaskan.. Ya Rabb bantulah hambaMu ini..Adakah aku ini masih hanya mahu di takuk yang lama??Apakah aku mahu lihat harapan orang tersayang musnah..?? semua ini bermain di benak fikiranku..Aku tidak lah mahu melayani lintasan2 seperti ini supaya ia tidak mengganggu hidupku dan mengkondemkan semangtku..apa yang perlu ku lakukan ialah “ Al Jiddu” untuk menempuhi semua cabaran ini tidak kiralah samada ianya datang dari diriku sendiri atau persekitaranku..

Aku telah menerima sepucuk surat dari orang tersayang nun jauh beribu batu mengaharapkan kepulanganku membawa sebutir mutiara ilmu yang mana menjadi impian semua orang tersayang , itulah harapan mereka kepadaku..aku amat terasa begitu tersentuh dengan impian dan harapan orang tersayangku..begitu melangit tinggi impian mereka padaku,tapi aku akan cuba sedaya yang termampu demi untuk mencapai impian tersebut dan memenuhinya..Walaupun aku tidaklah sehebat seperti sahabat2ku yang lain yang kini kebanyakkan mereka semua sudah berada di Malaysia tapi ku sedar kelemahanku…akan kucuba baiki dan tidak akan membiarkan ianya terus berulang lagi.


"Janganlah kita berputus asa dari Rahmat Allah,sabar dan tabah dalam menepuhi ujianNya"


Pesanan orang tersayangku kepada diriku.. "Wahai anakku tuntutlah ilmu sebanyak mungkin,tidak ada hadiah yang paling berharga bagi seorang ayah dan ibu yang diharapkan dari anaknya melainkan kejayaan anaknya dalam mengejar ilmu dunia dan akhirat..bukan mudah dalam mengejar ilmu,ia memerlukan kesabaran,ketabahan,ketekunan serta pengorbanan yang tinggi.kalau disingkap sejarah ulama’ terdahulu seperti Imam As Syafie,Imam Al Ghazali dan lainnya mereka terpaksa menempuhi berbagai kesukaran dan kepayahan dalam mencari ilmu.Ingatlah masa yang ada walau sesaat janganlah dipersiakan sebaliknya manfaatkanlah ia dengan sebaik mungkin,dan janganlah lupa sentiasa perbaharui niat dalam menuntut ilmu jadikan ia sebagai ahdaf utama ini kerana segalanya bergantung pada niat kita dan jaganlah meletakan segulung Ijazah ahdaf utama..Akhir sekali timbalah ilmu sebanyak mungkin dengan sabar dan manfaatkanlah masa dengan sebaik mungkin jangan putus asa dari Rahmat Allah dan doa ayah dan ibu sentiasa mengiringimu..”

Pesanan yang ku rasakan begitu dalam maksudnya membuatkan diri ku bersemangat kembali walaupun sebelum ini aku merasakan sidikit futur tapi tak bermakna aku orang yang berputus asa…sebaliknya ku selami akan sebalik kelemahan diri ini..aku amat berterima kasih buat orang tercintaku kerana memberi penyuntik semangat buat diriku ini..tidak akan kulupakan jasamu ayah dan ibu abadan abada,aku berdoa agar Allah sentiasa merahmatimu wahai ayah dan ibuku..
Doakan kejayaanku disini..Amin Ya Rabb...


Sunday, March 29, 2009

Zagazig,Perak Dipilih DPM dan BKAN Terbaik



27 Mac - Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqaziq (DPMZ) telah diisytiharkan sebagai Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) Terbaik serta BKAN Perak sebagai Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) Terbaik bagi sesi 2008. Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung PMRAM, Ustaz Syafiq Zulakifli di akhir Ijtimak Umumi atau Muktamar Sanawi kali ke-76 di Nadi Riyadhi sekitar jam 7 malam. Menurut beliau, pada tahun ini, dua anugerah telah diwujudkan iaitu Anugerah DPM Terbaik dan Anugerah BKAN Terbaik. Justeru, panel penilai yang terdiri dari Badan Pengurus PMRAM serta AJKT HEWI PMRAM teah memiilih Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqaziq sebagai penerima Anugerah DPM Terbaik manakala Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sebagai BKAN Terbaik. Anugerah DPM serta BKAN Terbaik dinilai dari segenap aspek serta diwujudkan kriteria-kriteria tertentu antaranya dari segi pengurusan, komitmen ahli dengan PMRAM dan lain-lain.

Sementara itu, DPM Zaqaziq juga dipilih sebagai Perwakilan (Ikhwah) terbaik manakala bagi perwakilan terbaik akhawat disandang oleh Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI). Di akhir majlis juga diadakan tayangan slide berkisar program dan peristiwa PMRAM sepanjang setahun.

Sumber : Petikan Dari Laman PMRAM

Muktamar PMRAM Terima Empat Usul

26 Mac-Ijtimak 'Umumi atau Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76 hari ini menerima empat usul yang dikemukakan oleh para perwakilan yang hadir. Sesi usul dan cadangan itu dikemukakan sekitar jam 3.30 petang sebaik sahaja selesai sesi pembentangan penyata kewangan. Usul pertama dikemukakan perwakilan dari DPM Zaqaziq, Ustaz Mumtaz Haron yang berbunyi "Mahasiswa-mahasiswi bersatu membanteras anasir-anasir yang mencetuskan masalah keselamatan, unsur-unsur perpecahan dan tidak mengamalkan Islam secara syumul." Usul ini kemudian dibahaskan dengan panjang oleh para perwakilan dan kesemuanya menyokong usul tersebut. DSC00216.JPG

Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail yang mengendalikan muktamar mengumumkan usul ini diterima sebulat suara.

Usul kedua yang diterima muktamar dibawa oleh Ustaz Mohd Firdaus Mazlan dari Selangor dengan usul "Mempertahankan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang bernaung di bawah PMRAM". Perwakilan yang bangun menyokong usul tersebut turut membangkitkan masalah yang berlaku kepada Badan Kebajikan Anak Negeri Sembilan (BAKANS) dan terbaru kepada Badan Kebajikan Mahasiswa Islam Pahang (BKMIP).

Usul ketiga yang juga diterima sebulat suara dengan matan usul "Menggesa pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) berbincang dengan pihak imigresen Mesir bagi memudahkan urusan menyambung visa."

Manakala usul keempat berkenaan usaha menjayakan Dana Syaqah PMRAM yang dibentangkan oleh Naib Presiden III PMRAM, Ustaz Khusaini Md.Yusof dan dicadangkan oleh Penasihat PMRAM, Ustaz Hairul Nizam Mat Husain yang mencadangkan setiap ahli menyumbangkan LE300 kepada tabung ini dalam tempoh setahun telah diterima dengan undian.

Bagi usul kelima, iaitu berkenaan menangani kejatuhan prestasi akademik ahli dengan melaksanakan dua langkah berikut iaitu pertama tidak boleh mengadakan sebarang program pada waktu kuliah kecuali setelah mendapat keizinan dari Presiden PMRAM dan kedua tidak membenarkan mereka yang istisnak memegang jawatan pada peringkat BKAN, DPM dan PMRAM.

Usul ini walau bagaimanapun mendapat bantahan dari perwakilan dan dicadangkan dibawa ke muktamar akan datang.


Sumber : Petikan dari laman PMRAM.

HARAMKAN PMRAM? BUDAK UMNO BIADAP


Kebetulan lewat jam 2 am di Ipoh , saya sempat menonton berita di TV sementara menunggu waktu bersahur .

Terkejut seketika apabila saya mendengar ucapan seorang wakil Kelab UMNO Luar Negara berucap di Perhimpunan Agung UMNO dengan nada angkuh dan biadab malah menampakkan kebodohan terlampaunya apabila menggesa UMNO supaya haramkan PMRAM .

Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan di Perhimpunan Agung UMNO kelmarin menggesa supaya PMRAM diharamkan dan biasiswa anggota Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik.

"PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya. "Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang. "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut. "Malah, kami sendiri tidak mendapat tempat apabila asrama dikuasai pembangkang," katanya, yang sedang menuntut sebuah universiti di Southampton, Britain.

Satu gesaan yang bukan sahaja tidak masuk aqal tetapi memperlihatkan niat dan sikap yang jahat Kelab UMNO Luar Negara terhadap Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [ PMRAM ] yang cukup berkaliber malah besar jasanya kepada mahasiswa/i Malaysia , Indonesia , Singapura dan Brunei di Mesir bahkan kepada negara tercinta .

Saya kira Wan Md Hazlin sangat dangkal pengetahuannya mengenai PMRAM atau beliau hanya budak suruhan UMNO yang tidak sudah - sudah menyimpan dendam kepada PMRAM sejak 1991 lagi .

Sebaik sahaja saya tiba di Mesir pada tahun 1992 , saya telah mendengar suara - suara jahat yang mendesak kerajaan Malaysia mengharamkan PMRAM . Sedang PMRAM sangat besar dan tinggi nilai jasa baktinya kepada Mahasiswa/i bahkan rakyat Malaysia di Mesir . Malah PMRAM telah wujud lebih awal dari wujudnya kedutaan Malaysia ke Mesir .

Jasa bakti PMRAM tidak siapa mampu menafikannya termasuklah sebahagian pemimpin UMNO sendiri yang dulunya pernah menjadi Yang diPertua PMRAM atau anggota Badan Pengurus PMRAM .

Saya masih ingat bagaimana langkah jahat pihak tertentu , bagi tercapai cita - cita mahu mengharamkan PMRAM telah menubuhkan sebuah pertubuhan tanpa cop halal iaitu PPMM . Walhal PMRAM telah wujud sejak 1930 menabur khidmat dan menyatukan mahasiswa di atas satu wadah iaitu PMRAM .

PPMM yang dianggotai oleh ahli - ahli UMNO di Mesir bertanggungjawab memecahbelahkan solidariti mahasiswa/i sekelagus membibitkan benih perbalahan dikalangan mahasiswa/i . Kesan pecah retaknya terasa hingga ke hari ini .

Terbaru kenyataan Wan Hazlin yang cukup menjadi asas bahawa dendam UMNO dan hasad pemimimpin mereka terhadap PMRAM masih belum selesai . Lebih terserlah ialah kebodohannya sendiri apabila mendesak UMNO agar mengharamkan PMRAM .

Apa hak UMNO dan di mana bidang kuasa UMNO untuk mengharamkan PMRAM ? PMRAM adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan kerajaan Mesir bukan berdaftar dengan UMNO !!

Sepatutnya Wan Hazlin sebagai seorang yang terpelajar , kena fokus ucapannya untuk membersihkan UMNO dari imej buruk terpalit moral yang rendah dengan krisis integriti pada tahap parah dan kritikal dikalangan pimpinan UMNO . Malangnya beliau melihat PMRAM menjadi ancaman kepada UMNO , lantas penuh emosi mendesak supaya UMNO mengharamkan PMRAM dan menarik balik biasiswa ahli PMRAM . Standard ucapan Wan Hazlin dari Kelab UMNO Luar Negara bagai ucapan JKKK , dibakar oleh api permusuhan yang dinyalakan sendiri oleh mereka .

Kalau ahli Kelab UMNO luar Negara yang rata - rata anggotanya adalah dikalangan pelajar di luar negara mempunyai tahap pemikiran kelas ke 3 , bagaimanalah UMNO mahu melakukan transformasi bagi melahirkan UMNO berwajah baru kononnya . Ya , mungkin wajah baru tetapi perut pedalnya masih lama .

Wan Hazlin sepatutnya merujuk dulu kepada tokoh - tokoh negara bahkan tokoh - tokoh UMNO sendiri yang seketika dulu pernah memimpin PMRAM dan bakat kepimpinan mereka dibentuk oleh PMRAM .

Kaji juga peranan dan jasa bakti yang dicurahkan oleh PMRAM kepada pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir . Jangan bertindak melulu berasaskan tohmahan dan mempercayai fitnah liar yang dilempar .

Saya cabar agar Wan Hazlin buktikan atas kesalahan dan jenayah apa sehingga PMRAM yang jauh lebih tua usianya berbanding Wan Hazlin itu mahu diharamkan ?

Kalau hanya tuduhan kononnya PMRAM menyebarkan ideologi pembangkang , sila buktikan ! dan bagaimana pula dengan Kelab UMNO , secara jelas membawa ideologi parti politik . So apa bezanya ? Inikah sikap double standard UMNO yang akan mewarnai transformasi mereka kelak .

Dipetik dari laman Ustaz Nasrudin Tantawi..

Tuesday, March 17, 2009

PUISI UNTUK PARA PEJUANG


Di sini manusia menguruskan diri sendiri

mencari bekal masing-masing dari daerah kelahiran dan dengan langkah berani mengharung lautan gelombang di sini yang sesekali ganas namun tidak kejam

Hidup di sini memang payah

terpaksa menempuh duri susah

melawan rasa kantuk berlarian antara dewan kuliah dan khutub khanah

sesekali langkah rasa ingin berhenti

namun mutiara masih belum lagi erat tergenggam di jari selagi itu, roh dan semangat perlu terus diisi

Kekadang sulit sebenarnya

melawan rasa rindu menentang rasa sendu

bila sesekali desa kelahiran memanggil-manggil untuk pulang

atau suara emak lembut gemersik

menyata rindu yang berputik

Aduhai para pejuang

langkah masih terlalu amat pangjang

kutiplah semangat di sepanjang titian agar nanti mutiara bercahaya memancarkan seri bayaran untuk susah dan duri sepanjang di sini.